Tuesday, January 4, 2011

Keturunan....?

"...OBESITI kini muncul sebagai pembunuh utama di seluruh dunia. Orang ramai semakin gemuk.
Pertubuhan Kesihatan Sedunia meramalkan, 2.3 bilion penduduk dewasa di seluruh dunia akan mempunyai berat badan berlebihan dengan lebih 700 juta daripada mereka tergolong dalam kumpulan obes.

Ada kemungkinan majoriti daripada mereka adalah penduduk Asia Barat.

Penduduk di rantau itu semakin gemuk dalam masa yang amat singkat. Jadi, apa yang perlu dilakukan? Sebahagian besar masyarakat di rantau itu berulang kali bercakap mengenai kesan buruk dalam menjalani kehidupan di bandar dan amalan gaya hidup malas.

Tetapi jarang mereka berbincang mengenai pembunuh senyap berpunca daripada amalan seumpama itu. Meskipun kencing manis lebih dianggap penyakit yang diwarisi, gaya hidup moden dan tidak sihat yang semakin meningkat menjadikan lebih ramai orang yang tidak mempunyai anggota keluarga yang menghidap penyakit itu, kini terjerumus ke dalam dakapan pembunuh itu..."


- petikan dari akhbar Harian Metro, 4 januari 2011-



"kau ni, hati2..bila makan manis2 tu..cuba tengok keluarga kita ni dah ada yang kena kencing manis, kita ni risiko tinggi. keturunan kita dah ada yang berpenyakit begini. Kau nak ke kena potong kaki semua tu?"

Mesti anda semua sering mendengar ayat yang begitu kan? Saya pun pernah. Keturunan? Hmm...kenapa tak mahu kata kalau atuk kita suka minum kopi atau makan jajan, bila kita pun suka buat perkara yang sama, boleh di cop keturunan suka minum kopi dan makan jajan? Hehehe. Jadi, pada saya tiada istilah keturunan kencing manis, darah tinggi, kolestrol yang boleh nak di kaitkan dengan adik beradik, keluarga atau bau2 bacang.
Semua ini adalah kerana diri kita sendiri. Kita yang makan. Kita yang mentekedarah. Takkan, di sebabkan hobi dan minat kita maka, atuk, nenek, mak ayah kita di persalah kan?

Ya, ada di kalangan ahli keluarga saya mempunyai penyakit kencing manis, darah tinggi, kolestrol, sakit jantung, sakit hati dan macam2 lagi, tapi itu tidak boleh sesekali untuk saya kata kan, saya juga akan 100% punyai sakit yang sama.

Darah yang mengalir di badan pasti sama warnanya. Tetapi, gaya hidup antara satu sama lain pastinya berbeza. Saya ingin lari dari persepsi keturunan keluarga GEMUK. Itu lagi satu istilah yang sangat popular di kalangan ahli keluarga saya.

"Ohh...makcik pakcik dia gemuk2, mak bapak dia gemuk, kucing dia gemuk, jadi tak mustahil dia pun gemuk...maklumlah keturunan..." ..

(ohh..alangkah gembiranya keluarga gemuk ini...)

 Kepada anda yang merasakan anda gemuk kerana keturunan, anda silap. Anda gemuk kerana anda sendiri yang membuatkan diri anda begitu. Pepatah inggeris ada mengatakan " YOU ARE WHAT YOU EAT!". Silalah anda lihat apa yang anda makan setiap hari.. 

Anda mahu jadi begini?

atau begini?


dan akhirnya anda begini...

Jadi, sila jangan salah kan keturunan anda. Jangan salah kan nenek moyang atuk wan atau mak bapa anda. Pada ibu dan bapa, ya..kerana sayang, anda tak mahu tengok anak2 anda berlapar. Tak mahu anak2 anda menjadi seperti anda suatu ketika dahulu *yang hidup di zaman jepun* tak merasa segala kemewahan makanan, tetapi adakah anda sanggup untuk melihat anak2 anda akhirnya seperti bom jangka yang bila2 masa boleh meletup? Dari kecil lah, kita ajar mereka untuk mengambil makanan yang seimbang dan sihat. Agar mereka akan lebih berhati2 di masa hadapan mereka. Agar mereka sedar bahawa kegemukan yang boleh membawa mereka berhadapan dengan pelbagai penyakit bukan lah di sebabkan keturunan tetapi gaya hidup yang tidak sihat. 

Dan kepada anda yang telah merasakan anda terlewat untuk tersedar. yang merasa kan ..."oh...aku sakit ni bukan sebab keturunan..iye lah, salah aku sendiri. Makan macam tak ada hari esok lagi.."

Tidak, anda tidak terlewat untuk bertindak. Sementara masih punyai peluang untuk memperbetulkan gaya hidup anda..sementara masih ada kesempatan untuk mendapatkan berat ideal anda...jangan lengahkan lagi..jangan hanya menunggu..jangan terusan WAIT N SEE..

Takutkan nanti bila dah muncul semua penyakit itu, keturunan yang di salah kan...dan bila penyakit dah menyinggah sebagai penghuni tetap kehidupan anda..menyesal pun dah tak ada guna nya...

MENCEGAH ITU LEBIH BAIK DARI MENGUBATI...

Jangan renung2 kan saja..bertindak lah segera demi untuk kesihatan dan kesejahteraan diri anda...

Gambar2 adalah ihsan dari cik Google.
- Cik eL -

No comments: