Saturday, October 2, 2010

Buasir? Tidak lagi dengan adanya Litchin :)


(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)

Salam Semua,


Untuk kali ini pula saya ingin berkongsi tentang salah satu penyakit yang saya hidapi sewaktu Obesiti dulu. Hmm..ikutkan memang malu nak citer kan. Tapi rasanya x yah malu la kan sebab benda ni memang kita perlu kongsi pada semua. Kalau sebelum ni, saya sering di katakan, penunggu jamban lah, bersauna di jamban lah, bergayut di jamban lah dan macam2 lagi lah.. Mana tidaknya, sekali masuk je jamban selepas 45 minit – sejam baru saya akan keluar dari jamban tu. Haa.. apa u all ingat i ni suka sangat ber tapa di jamban tu. Nak buat apa. habis bakteria masuk lam idong i nih taw. Heheheh. Tapi ada perkara yang selama ini saya suffer kan. Tak lain x bukan adalah masalah buasir saya yang kian hari kian worst.
Tahap buasir saya ni dah tahap hari2 berak kuar darah segar taw dari dubur. Hmm.. kadang tu ada la rasa tertekan sangat dengan keadaan diri ni. dah lah gemuk. macam2 lak penyakitnya. thats why la saya ni dok mendap jek kat kamban. Sebabnya, saya sangat takut nak meneran. Kang takut nampak yang merah fresh tu kuar lak. Najis x jugak kuar2. Tapi nak di pendekkan cerita, semenjak 2 bulan yang lalu, saya sangat2 bahagia dan teruja sebabnya bila saya masuk jamban, saya hanya mengambil masa 2-3 minit sahaja untuk saya keluar semula. Ha tu lah dia kehebatan Litchin yang saya benar2 alami. Kini buasir saya yang dulu dah sebesar ibu jari terkeluar dari dubur dan selalu produce darah fresh dah pun x kelihatan lagi di situ. Bersyukur sangat2.. Terima kasih Allah dan juga Litchin dalam membantu memulihkan satu2nya penyakit yang sangat merunsingkan saya sejak dulu lagi.
So, jom lah saya nak berkongsi sikit berkenaan dengan Buasir. Pada sesiapa yang mengalami masalah buasir ataupun masalah susah untuk berak, Litchin lah jawapannya. Enjoy the Info down here :)
Buasir

JIKA anda mengalami kesakitan selepas membuang air besar atau najis disertai darah, ia mungkin menandakan anda mengalami masalah buasir.
Tidak ramai sanggup membincangkan masalah ini secara terbuka kerana ia dianggap memalukan. Bagaimanapun, pendarahan ketika buang air besar tidak semestinya disebabkan buasir saja.
Buasir Dalaman:
Lazimnya, buasir ini tidak terasa sakit dan gatal kerana ia terletak jauh ke dalam rektum. Buasir dalaman tidak merbahaya tetapi meneran dan gangguan dari laluan najis semasa membuang air besar boleh mencederakan permukaan buasir yang getas dan menyebabkannya berdarah. Anda akan terlihat titisan darah yang berwarna merah cerah pada kertas tisu atau di mangkuk tandas. Jika keadaan ini berlaku anda perlu mendapat bantuan perubatan, kerana darah tersebut mungkin datang dari sumber lain seperti ketumbuhan atau kanser kolorektum.
Buasir Luaran
Buasir jenis inilah yang selalu kita dengar mengakibatkan gejala-gejala seperti sakit, pedih dan gatal di dubur. Jika buasir ini tersepit (bekalan darah akan terputus), bekuan darah akan terjadi di dalamnya menyebabkan ia terasa amat sakit. Gejala-gejala beginilah yang menyebabkan buasir jenis ini memerlukan perhatian dan rawatan perubatan. Apabila sahaja salur darah vena rektum teregang atau memberi dan terjadinya buasir adalah sukar untuk ia dibuang atau ditanggalkan sepenuhnya. Buasir ini akan berulang kembali walaupun dengan tekanan atau bebanan yang lebih ringan berbanding dengan yang dahulunya.
PENYEBAB UTAMANYA
Beberapa faktor boleh menyebabkan buasir, iaitu:
1) Sembelit.
2) Keturunan.
3) Mengandung, melahirkan anak dan sindrom sebelum haid (bagi sesetengah wanita).
4) Pengambilan alkohol dan merokok.
5) Sebarang aktiviti yang boleh meningkatkan tekanan darah pada rektum (bahagian hujung usus besar) seperti kanser rektum, pemakanan rendah serat, obesiti dan penyakit hati yang serius.
6) Sentiasa duduk
7) Meneran (ketika najis keras atau sembelit)
8) Cirit-birit
9) Duduk mencangkung di dalam tandas terlalu lama
10)Batuk yang teruk
11)Bersalin
12)Mengangkat berat
Antara cara mengatasi masalah ini ,
- Mengelakkan makanan pedas dan berempah.
- Jangan minum minuman keras.
- Kurangkan pengambilan kafein.
- Makan lebih banyak sayur-sayuran dan buah-buahan.
- Minum banyak air sekurang-kurangnya satu liter sehari
- Banyakkan makan makanan yang banyak serat seperti bijirin.
- Cuba tetapkan jadual ke tandas..
- Kerap bersenam.
PENCEGAHAN
Jika pekerjaan anda memerlukan anda sentiasa duduk, sekali-sekala anda perlu bangun dan berjalan-jalan sekurang-kurangnya 5 minit setiap jam. Bergerak-geraklah di kerusi anda supaya dapat mengelakkan tekanan langsung dari rektum.
Hembuskan nafas keluar apabila anda ketegangan atau ketika mengangkat sesuatu. Jangan menahan nafas anda.
Dapatkan rawatan awal untuk mengawal batuk, cirit-birit dan sembelit anda kerana buasir selalunya terjadi selepas masalah ini berpanjangan.
Jadikan sebagai satu peraturan: Jangan membaca atau berehat-rehat di dalam tandas. Jika pergerakan usus anda mengambil masa lebih dari 3-5 minit, ada sesuatu yang tidak kena. Jika anda ingin menghindari diri dari buasir, amalkan tabiat membuang air besar yang baik. Pastikan najis anda sentiasa lembut.
Jika langkah-langkah ini gagal anda perlu bertindak segera. Sembelit merupakan satu keadaan di mana pada waktu pagi keadaannya adalah sederhana tetapi apabila menjelang malam ia boleh menjadi amat mengazabkan.

No comments: