Saturday, October 2, 2010

Orang Kita Paling Gemuk! Whatt??!! Terima lah hakikat ;)

(Dengan Nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani)
Salam Semua,
Ha jangan terkejut dengan stetmen saya di title atas tu. tapi itu lah hakikatnya. Kat bawah ni saya ada jumpa artikel Berita harian yang menyebutkan seperti itu. So, balik rumah kita sama2 cermin diri, cermin kesihatan kita, perubahan fizikal kita.. Jangan mudah selesa dengan penampilan anda sekarang. Orang kata, ini bukan omongon kosong. Saya juga pernah begitu. Terlalu yakin berpenampilan walaupun badan gemok gedempol. tapi tu 2 bulan sebelum yang lalu lah. Alhamdulillah. kehidupan saya semakin berubah. Habis dah semua baju XXXL dan jeans 37-38 dah saya sedekahkan pada yang memerlukan. Untuk saya menyimpan saiz sebegitu, tidak sama sekali. Saya dah pun bermula dengan amalan hidup yang sihat selepas saya berjumpa dengan produk yang terhebat di zaman alaf baru ini iaitu produk LITCHIN. Dia tetap yang terbaik yang pernah saya jumpa. Terima kasih Allah kerana mengizinkan hambamu ini merasa pakaian saiz M-S dan Jeans 29-30 (Boot Cut & Slim Cut). Tak lupa juga buat kak Norehan Harun, insan yang x pernah putus memberi sokongan padu pada saya dan juga sahabat baik saya. So, jangan buang2 masa, ha bcalah artikel kat bawah ni. Percaya atau tidak, Cermin Diri pasti Makan Hati (Khusus pada yang Obesiti). Renung2kan…


Gambar di atas ini adalah sekadar hiasan… ehehe

Berita Harian, 18 April 2000: AMALAN gaya hidup yang kurang sihat di kalangan penduduk negara ini menjadi punca
Malaysia dikategorikan sebagai negara yang mempunyai kadar kegemukan tinggi berbanding negara lain di rantau ini.
Hasil Kajian Morbiditi dan Kesihatan Kedua Kebangsaan Kementerian Kesihatan sejak tahun 1996 sehingga 1997
mendapati bahawa 4.4 peratus penduduk Malaysia mengalami obesiti (kegemukan) dan 16.6 peratus pula mengalami
masalah berat badan (terlalu gemuk).
Presiden Persatuan Kajian Kegemukan Malaysia, Prof Dr Mohd Ismail Noor, berkata kadar ini adalah tinggi berbanding
negara lain seperti Korea, Thailand dan China.
Pada tahun 1995, 21 peratus penduduk Malaysia mengalami masalah berat badan dan 6.2 peratus obes. Manakala bagi
Korea (20.5 peratus adalah dalam lingkungan terlalu gemuk dan obesiti 1.5 peratus), Thailand (16 peratus dan 4
peratus), China (13.3 peratus dan kurang 2 peratus). Rakyat Malaysia juga lebih gemuk berbanding Singapura (6
peratus) mengikut perangkaan pada 1992 sehingga 1998 dan Jepun (2.4 peratus) pada 1998.
Menurut Dr Mohd Ismail, penduduk bandar lebih banyak mengalami masalah berat badan berbanding luar bandar.
Kawasan bandar merekodkan 17.4 peratus berbanding 15.5 peratus di luar bandar.
Sementara mengikut gender pula, 5.7 peratus lelaki mengalami obesiti dan 17.9 peratus terlalu gemuk iaitu lebih tinggi berbanding wanita. Kadar obesiti juga didapati paling tinggi di kalangan masyarakat Melayu dan India iaitu masing-masing5.1 peratus dan lima peratus berbanding Cina 3.5 peratus.
Masalah berlebihan berat badan dan kegemukan semakin meningkat. Kajian menunjukkan bahawa 15% daripada kanak-kanak berusia 12 – 19 tahun mempunyai masalah berlebihan berat badan dan kegemukan. Masalah ini lebih tinggi di kalangan kanak-kanak daripada keluarga miskin. Berat badan berlebihan dikaitkan dengan risiko yang tinggi jika mengalami masalah perubatan seperti diabetes dan penyakit jantung yang boleh menyebabkan kematian awal.
Bagaimana anda tahu anda mempunyai berlebihan berat badan ?
Indeks Jisim Tubuh (BMI) ialah salah satu cara untuk mengira jumlah lemak dalam badan
anda secara kasar. Cara pengiraan :
Berat badan (kilogram)
________________________
Tinggi (meter)
Tidak seperti nilai BMI dewasa, nilai BMI anda adalah berbeza mengikut umur dan jantina. Sila rujuk jadual BMI untuk masalah berlebihan berat badan atau kegemukan bagi umur 9-8 tahun mengikut jantina.Untuk mengetahui samaada anda mengalami masalah berlebihan berat badan atau kegemukan. Contohnya : Jika anda adalah remaja lelaki berumur 14 tahun dan BMI anda adalah di antara 22.62 ke 27.63,anda adalah berlebihan berat badan.Jika BMI anda adalah lebih daripada 27.63,adalah adalah kegemukan.
Bagaimana berlebihan berat badan atau kegemukan/obesiti boleh berlaku kepada anda?
Berat badan anda bertambah apabila anda makan banyak, lebih daripada apa yang boleh dibakar oleh
badan anda. Kalori yang lebih ini akan disimpan sebagai lemak
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti akibat daripada pengambilan kalori yang berlebihan
tidak akan berlaku dalam beberapa hari atau minggu.Selalunya ia akan terkumpul dan tersimpan
selama beberapa bulan dan tahun.
Faktor risiko termasuk :
# Sejarah keluarga anda
# Masalah perubatan.
# Faktor psikologikal termasuk tekanan perasaan, kebimbangan dan kebosanan.
# Pengaruh budaya sosial dan sekeliling (tabiat makan anda).
# Faktor persekitaran yang menyumbang kepada cara hidup yang tidak aktif.
Bagaimana anda boleh mengesan masalah ini?
# Anda, kawan dan keluarga mungkin telah menyedari isu berat badan ini.
# Dapat dikesan apabila anda membuat pemeriksaan kesihatan ataupun saringan kesihatan.
# Apabila anda mendapatkan rawatan di klinik bagi masalah perubatan yang lain.
# Kebiasaanya anda kelihatan lebih besar dan lebih berat daripada rakan sebaya.
# Diagnosa anda disahkan melalui kriteria BMI-untuk-umur.
Punca berlakunya berat badan berlebihan dan kegemukan/obesiti pada anda :
# Tabiat makan yang tidak sihat seperti makan berlebihan atau makan makanan yang mengandungi minyak dan karbohidrat yang tinggi.
# Aktiviti fizikal yang rendah atau tidak bersenam
Apakah komplikasi masalah ini?
Berlebihan berat badan dan kegemukan/obesiti dikalangan remaja dikaitkan dengan :
# Masalah jantung seperti penyakit darah tinggi/hipertensi dan paras kolesterol yang tinggi.
Penyakit Kencing Manis/Diabetes.
# Kesan psikologikal seperti kemurungan dan kurang keyakinan diri.
# Masalah pernafasan seperti asma serta masalah tidur.
# Komplikasi sendi dan tulang seperti osteoarthritis dan kesakitan tulang pinggul.
# Bertambah gemuk apabila umur meningkat.

Bagaimanakah cara untuk memastikan anda tidak mengalami masalah berlebihan berat badan?

Anda perlu mempraktikkan cara hidup sihat :
# Makan snek yang berkhasiat seperti buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan rendah lemak.
Makan secara sederhana.
# Amalkan kehidupan yang aktif di rumah dan di sekolah dengan bersenam dan berjalan lebih kerap.
# Hadkan waktu menonton TV dan video kepada tidak lebih daripada 2 jam sehari.
Anda perlu mengira BMI-untuk-umur anda dan diplot setiap tahun. Ini boleh dibuat sebagai pemeriksaan kesihatan tahunan anda.
Dapatkan nasihat Doktor atau Pakar Pemakanan/Pegawai Dietetik jika anda mempunyai masalah berkaitan berat badan.
Apakah rawatan yang boleh diperolehi ?
Rawatan perlu dimulakan seawal yang mungkin. Ini termasuklah :
Pemakanan
Beri perhatian kepada apa yang anda makan. Anda sepatutnya mengambil:
# Lima hidangan buah-buahan dan sayur-sayuran setiap hari.
# Bijirin penuh dengan pengambilan serat/fiber 20 gram atau lebih sehari (satu keping roti mil penuh mengandungi dua gram serat).
# = 30% kalori daripada lemak.
Untuk mengurangkan berat badan :
# Anda mesti kurangkan jumlah makanan dan bilangan hidangan.
# Kurangkan makanan bergoreng. Lebih baik anda kukus atau bakar makanan anda.
# Kurangkan makan makanan berkarbohidrat (jenis nasi dan mee).
# Kawal pengambilan makanan musim perayaan dan ketika makan di luar.
# Kurangkan minuman bergas dan minuman manis.
# Baca label makanan terutama kandungan kalori.
Pakar Pemakanan atau Pegawai Dietetik boleh menolong anda dalam memberikan nasihat dan saranan makanan yang boleh di ambil.
Aktiviti fizikal
# Tingkatkan aktiviti harian seperti menaiki tangga, letakkan kereta (“parking”) jauh dan bersenam semasa menonton TV.
# Anda perlu membuat aktiviti fizikal sekurang-kurangnya 10 minit lebih daripada apa yang anda selalu lakukan setiap hari dan tingkatkan secara beransur-ansur.
# Jika anda tidak boleh melakukan aktiviti fizikal disebabkan penyakit arthritis dan kecederaan yang lain, sila dapatkan pemeriksaan dan rawatan spesifik.
# Ahli terapi fizikal boleh membantu anda menyediakan jadual aktiviti khas untuk menurunkan berat badan anda seterusnya mengekalkan berat badan, kesihatan dan kekuatan fizikal dalam jangka masa panjang.
Ubah tabiat anda
# Kenalpasti masalah yang mengakibatkan kenaikan berat badan (seperti tekanan perasaan, makan ikut perasaan, bosan dan sebagainya).
# Letakkan matlamat untuk kurangkan pengambilan kalori dan tingkatkan aktiviti fizikal.
# Anda hanya perlu timbang berat badan sekali seminggu.
# Pantau jumlah dan jenis makanan dan minuman yang diambil dan fizikal
# aktiviti yang dapat dilakukan dalam tempoh yang ditetapkan.
# Dapatkan sokongan daripada keluarga dan kawan.

No comments: